Wednesday, February 26, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    SMMHT sambut ulang tahun jubli emas

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 20 JUN – Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong (SMMHT) memulakan sambutan memperingati 50 tahun penubuhannya dengan majlis pembukaan Sambutan Jubli Emas SMMHT yang berlangsung di Dewan Jubli sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Sambutan telah dirasmikan oleh Orang Kaya Jaya Putra Dato Paduka Haji Mohammad Taha bin Abdul Rauf dan dihadiri oleh para jemputan serta warga sekolah berkenaan.

    Antara pengisian majlis ialah tayangan video berkisar perkembangan SMMHT sejak awal penubuhan pada 1971 hinggalah sekarang.

    Di samping itu, majlis juga diisikan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil bagi memperingati warga sekolah yang telah kembali ke rahmatullah sekali gus mengenang segala jasa dan bakti mereka kepada sekolah dalam mengecap pelbagai perkembangan positif dan kejayaan sehingga dapat dinikmati bersama oleh generasi penerus sehingga ke detik ini.

    Dengan adanya sambutan sedemikian, ia merupakan sebagai satu ristaan yang penuh bermakna buat semua terutama sekali kepada semua warga sekolah dahulu dan kini dalam sama-sama melahirkan generasi yang mempunyai pelbagai kemahiran dari era 1971 hingga sekarang.

    Dalam pada masa yang sama, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMMHT juga memainkan peranan proaktif untuk mengadakan beberapa aktiviti sepanjang tahun ini, di samping bekerjasama dengan ahli-ahli alumni SMMHT, agensi-agensi yang terlibat dan masyarakat di Daerah Tutong.

    Antara aktiviti yang akan dilaksanakan bagi memeriahkan lagi sambutan jubli emas sepanjang tahun ini adalah karnival mini, larian maya, Majlis Khatam Al-Quran, Sambutan Hari Guru, SMMHT Golden Jubile Grand Festival, perlawanan boling, dan Books of Records.

    Pihak sekolah akan sentiasa berwaspada dalam menjalankan setiap aktiviti yang bakal diadakan bertepatan dengan garis pandu Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan, khususnya dalam sama-sama mengawal dan memutuskan rangkaian wabak COVID-19 ketika ini.

    Orang Kaya Jaya Putra Dato Paduka Haji Mohammad Taha pada majlis pembukaan Sambutan Jubli Emas SMMHT yang berlangsung di dewan jubli sekolah berkenaan, baru-baru ini. – Gambar serahan SMMHT
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda