BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – DBos Bey Beyblade Brunei Darussalam dengan kerjasama Jabatan Kemanusiaan, Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja (SMPDSM), Mentiri, baru-baru ini telahpun mengadakan aktiviti permainan Beyblade X sebagai salah satu aktiviti kokurikulum untuk memupuk minat kesukanan, semangat persaingan sihat serta mengasah kemahiran sekali gus mendedahkan mengenai permainan tersebut dalam kalangan guru dan pelajar.
Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah penerangan mengenai Beyblade yang disampaikan oleh Pengasas DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam, Haji Rosaimi bin Haji Lamit. Ia kemudian diteruskan dengan tunjuk ajar cara-cara permainan Beyblade kepada para guru dan pelajar.
Para guru dan pelajar juga berkesempatan menyertai Kejohanan Mini Beyblade yang diadakan bagi mendedahkan keadaan sebenar apabila menyertai sesuatu penganjuran Beyblade sama ada yang berlangsung di dalam atau luar negara.







