Saturday, February 15, 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    SMPIHM rai HK39

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Seramai 674 orang warga Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam (SMPIHM), Serasa turut tidak ketinggalan dalam mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 dengan acara yang berlangsung di perkarangan sekolah tersebut, hari ini.

    Penglibatan sambutan yang terdiri daripada para pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan sekolah berkenaan telah merakamkan detik kenangan manis bersama dengan mengambil gambar beramai-ramai membentuk ‘HK 39 2023’ menggunakan dron dari udara.

    Lagu-lagu bertemakan Hari Kebangsaan dimainkan sepanjang acara berkenaan sebagai penyeri suasana sambutan sekali gus meningkatkan semangat patrio-tik warga sekolah secara keseluruhannya.

    Sambutan menyemai rasa cinta terhadap agama, bangsa dan negara ini merupakan salah satu acara fizikal yang pertama dianjurkan oleh pentadbiran sekolah selepas kekangan pandemik sebelumnya.

    Seramai 674 orang warga SMPIHM, Serasa turut tidak ketinggalan dalam mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 dengan acara yang berlangsung di perkarangan sekolah tersebut, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda