Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    SMS DANA berjaya kutip $298,044

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Sejumlah $298,044 telah berjaya dikutip menerusi SMS Brunei Prihatin bagi DANA 2022-2023 dan diserahkan kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA), hari ini.

    Hasil kutipan tersebut telah diterima oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA pada majlis yang berlangsung di Dewan An-Naura, Tingkat 3, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan).

    Sebahagian daripada jumlah tersebut iaitu sebanyak $256,165 berjaya dikutip melalui pelanggan DST dan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Radin Sufri bin Radin Basiuni.

    Sebanyak $38,995 pula berjaya dikutip melalui pelanggan Progresif Sdn Bhd dan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar.

    Manakala itu, sejumlah $2,884 lagi dikutip melalui pelanggan imagine Sdn Bhd dan disampaikan oleh Pengarah Urusan, Debbie Too.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham ketika menerima sumbangan daripada Radin Sufri. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham ketika menerima sumbangan tersebut daripada wakil Progresif dan wakil imagine. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Pada majlis itu, DANA juga menerima sumbangan daripada DST sebanyak $10,000 dan Progresif menyumbangkan $2,000.

    SMS Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2022-2023 telah berjalan selama sembilan bulan dari Disember 2022 hingga September 2023.

    Tiga buah syarikat telekomunikasi iaitu DST, Progresif dan imagine telah menyediakan kemudahan perkhidmatan kepada orang ramai membuat sumbangan kepada DANA melalui SMS tanpa caj.

    Manakala itu, Jabatan Radio dan Televisyen Brunei (RTB) bertindak sebagai penyalur maklumat kepada orang ramai melalui rangkaian radio dan televisyen RTB.

    Selain itu, promo SMS tersebut juga ditayangkan di tiga buah pawagam di negara ini iaitu The Mall Cineplex, Times Cineplex dan The Arena Cineplex.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda