Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    SMS dari Bahagian Contact Tracing sahih

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 DIS – Pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada Bahagian Contact Tracing yang memohon maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, nombor BruHIMS dan alamat penuh sahih.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan perkara berkenaan berikutan penyebaran maklumat di media sosial yang mempersoalkan kesahihan SMS tersebut.

    Kenyataan menjelaskan, Kementerian Kesihatan melalui Pasukan Pengesanan Kontak adalah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas pengesanan kontak bagi mana-mana individu atau kontak terdekat kepada seseorang yang dijangkiti COVID-19.

    Ini adalah untuk memastikan kesihatan awam terjaga daripada risiko penularan penyakit tersebut. Sehubungan itu, pihak kementerian memohon orang ramai untuk memberikan kerjasama penuh kepada Pasukan Pengesanan Kontak, Kementerian Kesihatan jika menerima SMS daripada pasukan berkenaan dengan menghubungi nombor telefon yang diberikan seberapa segera.

    Sebagai ciri keselamatan tambahan dalam memastikan kesahihan SMS, Kementerian Kesihatan juga akan mengongsikan nombor perkhidmatan bagi Pasukan Pengesanan Kontak yang menghubungi mana-mana kontak terdekat melalui SMS tersebut.

    Manakala itu, jika perlu, mereka yang dihubungi juga boleh memohon pihak Pasukan Pengesanan Kontak untuk menunjukkan kad pengenalan perkhidmatan mereka melalui WhatsApp.

    Jika terdapat sebarang kemusykilan atau memerlukan pengesahan pemanggil, sila hubungi Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan di talian 2380318 dari pukul 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari termasuk hari-hari kelepasan awam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda