Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    SMSA rai pencapaian pelajar

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 27 MAC – Seramai 33 pelajar dari Tahun 7 hingga 11 di Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA) telah diiktiraf atas pencapaian akademik dan kokurikulum mereka sepanjang tahun lepas dalam majlis Anugerah Pelajar Terbaik yang diadakan di dewan serba guna sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Pemangku Ketua Kampung Pandan C, Haji Affandy bin Awang Damit yang kedatangannya disambut oleh pengetua sekolah, Steven Shim Sheau Huei.

    Dalam ucapan pembukaannya, Steven Shim mengucapkan tahniah kepada para pelajar atas pencapaian akademik dan kokurikulum mereka sepanjang tahun lepas dalam suasana pandemik global.

    Beliau juga menonjolkan usaha yang dilakukan oleh para guru sekolah dalam membantu membimbing para pelajar bagi mencapai kejayaan akademik dan kokurikulum.

    “Dalam merayakan pencapaian kita baru-baru ini, kita boleh menyiapkan diri untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi pada masa depan. Hanya dengan ketabahan, dedikasi dan etika kerja dan belajar yang bertanggungjawab, kita boleh mencapai apa yang kita inginkan.”

    Kemudian, pengetua menyampaikan ucapan kepada pelajar yang hadir untuk memperingati majlis tersebut agar mengambil peluang ini sebagai inspirasi dan motivasi untuk berusaha menjadi yang terbaik.

    Akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga atas sokongan yang diberikan yang membolehkan sekolah membimbing pelajar ke arah kejayaan.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah oleh pengetua sekolah dan tetamu kehormat.

    Selain itu, majlis tersebut juga mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh para guru sekolah dengan anugerah khas yang diberikan kepada 13 guru sekolah atas kesetiaan mereka dalam membantu kejayaan pelajar mereka.

    Haji Affandy bersama Steven Shim hadir semasa majlis berkenaan.
    Salah seorang pelajar cemerlang menerima anugerah yang disampaikan oleh Steven Shim.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda