Oleh Normazlina M.D
TUTONG, 11 Okt – Bagi meraikan Majlis Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki Takhta, Pusat Sejarah Brunei dengan kerjasama Sekolah Menengah Sufri Bolkiah (SMSB), Tutong, telah mengadakan Pameran ‘Wajah Kesayangan Rakyat’ di ruang legar sekolah menengah berkenaan, pagi tadi.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Kluster 5, Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong, Dayang Nor Asurah binti Haji Meluddin.
Turut hadir ialah Pengetua SMSB, Dayangku Norahizan binti Pengiran Haji Bungsu.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn