Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    SMSIS juara kejohanan senaman

    Oleh Sim Y. H. 

    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Sekolah Antarabangsa Seri Mulia Sarjana (SMSIS) muncul sebagai juara keseluruhan apabila memenangi Kategori Pasukan Lelaki dan Perempuan bagi Kejohanan Senaman Sekolah-sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam, 2023.

    Awangku Muhammad Rayyan Izzuddin bin Pengiran Mas’sof’fian dari Sekolah Rendah Tungku pula muncul juara bagi Pertandingan Kemahiran Asas Sepak Takraw  manakala naib johan ialah Muhammad Abi Hurairah bin Md Huzaimi dari Sekolah Rendah Tungku dan tempat ketiga dimenangi Muhammad Danial Fikri bin Awang Mohd Azmi dari Sekolah Rendah Binturan.

    Persembahan senaman daripada pelajar salah sebuah sekolah rendah pada kejohanan yang diadakan di Dewan Serba guna Sekolah Rendah Jalan 49, Perpindahan Lambak Kanan, kelmarin.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda