Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar serahan SMSIS
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Sekolah Antarabangsa Seri Mulia Sarjana (SMSIS) dalam berkongsi kegembiraan dan mendidik para pelajar mengenai makna Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya, baru-baru ini.
Majlis yang diadakan di sekolah berkenaan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan tarian Hari Raya oleh pelajar-pelajar yang di bawah pimpinan guru-guru sekolah berkenaan.
Selain Sambutan Hari Raya, sekolah berkenaan turut mengadakan Sambutan Hari Ibu sebagai tanda penghargaan kepada ibu-ibu mereka dengan memberikan jambangan bunga buatan tangan berserta kad ucapan.



