Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    SMSS bantu 26 kanak-kanak kurang kemampuan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Seramai 26 kanak-kanak kurang berkemampuan menerima sumbangan daripada bahagian Prasekolah, Sekolah Seri Mulia Sarjana (SMSS) di dewan sekolah kelmarin.

    Hadir menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Pengetua Bahagian Prasekolah dan Sekolah Rendah, Dayang Putri Maharani.

    Dalam ucapannya, Penolong Pengetua untuk Akademik Bahagian Prasekolah SMSS, Cecilia Landingin menyatakan penghargaan kepada pelajar, ibu bapa, pasukan akademik prasekolah dan seluruh komuniti Sarjana atas sokongan dan kemurahan hati mereka yang luar biasa.

    Kegiatan sumbangan ini adalah sebahagian daripada matlamat Projek Pembangunan Lestari (SDG) Prasekolah SMSS 2024 yang selaras dengan SDG 3 iaitu Kesihatan Baik dan Kesejahteraan dan SDG 4 iaitu Pendidikan Berkualiti.

    Sepanjang projek ini, sekolah telah menyediakan Love Box untuk ibu bapa mendermakan buku, mainan dan alat tulis yang baru atau terpakai yang bermula dari 2 hingga 28 September.

    Projek ini bertujuan untuk membawa kegembiraan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan sambil memberikan impak positif kepada komuniti setempat.

    Cecilia Landingin menyampaikan ucapan.
    Antara kanak-kanak yang menerima sumbangan.
    Sesi bergambar ramai semasa majlis berkenaan.

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...