Wednesday, March 12, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    SMSS raikan kecemerlangan pelajar, guru

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian akademik, seramai 10 pelajar cemerlang Sekolah Seri Mulia Sarjana (SMSS) telah menerima anugerah atas kejayaan mereka dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi Tahun 6, peperiksaan antarabangsa Brunei Cambridge IGCSE dan GCE ‘O’ Level bagi pelajar Tahun 10 Express/Tahun 11 baru-baru ini.

    Majlis turut meraikan pelajar yang mencapai empat dan lima A dalam PSR, pencapaian A* dalam GCE ‘O’ Level dan pencapaian terbaik dalam aliran Sains dan Sains Gabungan termasuk Anugerah Penghargaan Khas.

    Majlis yang berlangsung di Cesar Hall, Mulia Hotel berkenaan telah dihadiri oleh Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Dr Eddy Fazlin bin Haji Amdan. sebagai tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para pelajar.

    Seramai 10 guru-guru yang telah mencapai pencapaian gred sasaran untuk setiap subjek dalam kedua-dua peperiksaan juga turut diberikan pengiktirafan dengan Anugerah STAR yang disampaikan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarjana Education Group, Dr Mary Lim,

    Pencapaian ini jelas menunjukkan komitmen luar biasa mereka terhadap pembelajaran, mewujudkan standard kecemerlangan yang patut dicontohi. Pencapaian berkenaan bukan sahaja sebagai kemenangan peribadi tetapi menjadi inspirasi kepada rakan-rakan sebaya dan seluruh komuniti akademik.

    Caption: Suasana semasa majlis berkenaan.

    Antara pelajar cemerlang yang menerima sijil daripada tetamu kehormat.
    Antara guru yang menerima anugerah dalam majlis berkenaan.
    Antara pelajar cemerlang yang diraikan dalam majlis berkenaan.
    Sesi gambar ramai antara kakitangan, para pelajar dan tetamu kehormat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda