Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    SMSUA anjur penyampaian anugerah, perjumpaan ibu bapa

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab (SMSUA) telah mengadakan Anugerah Penyampaian Insentif dan Perjumpaan Ibu Bapa bagi Pelajar Tahun 8 dan 11 yang berlangsung di Dewan Serba Guna SMSUA, kelmarin.

    Anugerah yang julung kalinya itu telah disampaikan oleh Pemangku Pengetua SMSUA, Awang Mohd Azmi bin Haji Mohd Yakup kepada 23 orang pelajar Tahun 11 yang berjaya memperolehi lima kredit ke atas dalam Peperiksaan Kelayakan BGCE/IGCSE ‘O’ Level 2017.

    Dalam kenyataan yang diterima, hari ini, acara yang diteruskan dengan perjumpaan ibu bapa itu adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana perkembangan dan potensi para pelajar dalam akademik mereka.

    Di samping itu, para ibu bapa dapat mengetahui keputusan dan seterusnya berbincang bersama guru untuk memperbaiki keputusan anak-anak mereka dan apa yang paling penting adalah untuk membina perkongsian maklumat dan kerjasama yang berterusan antara ibu bapa, penjaga bersama guru-guru dalam memantau kemajuan pelajar dalam pembelajaran.

    Perjumpaan bersama ibu bapa pelajar turut diadakan di dewan sekolah berkenaan.
    Pemangku Pengetua SMSUA ketika menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar yang berjaya dalam peperiksaan kelayakan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda