Tuesday, July 2, 2024
22 C
Brunei

    -

    SMSUA raikan Sambutan Hari Buku Sedunia 2024

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab (SMSUA), telah mengadakan Sambutan Hari Buku Sedunia 2024, baru-baru ini yang berlangsung di sekolah berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Hajah Harieni binti Haji Awang Damit.

    Majlis anjuran Jabatan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sekolah berkenaan bertujuan untuk menyemai minat membaca dan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan semua lapisan masyarakat.

    Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengetua sekolah, Sinasuria binti Haji Ibrahim yang mana beliau menekankan bagaimana membaca buku boleh mempengaruhi kejayaan kanak-kanak.

    Pada majlis tersebut para guru sekolah tersebut tampil dengan mengenakan pakaian mengikut karakter dari buku-buku, komik, dan juga anime. Acara turut dimeriahkan dengan persembahan drama Melayu, Nakhoda Manis yang dipersembahkan oleh pelajar Tahun 9A1 dan persembahan drama Telaga Raden Bisa serta Bukit Tempayan Pisang oleh pelajar Drama tahun 7.

    Acara kemudiannya ditutup dengan aktiviti pameran daripada para pelajar sekolah berkenaan.

    Para pelajar dan guru yang terlibat bergambar ramai pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SMSUA
    GAMBAR SERAHAN SMSUA

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S wujudkan kementerian populasi, tangani penuaan, kadar kelahiran rendah

    SEOUL, 1 JULAI – Korea Selatan akan mewujudkan kementerian baharu bagi menangani kadar kelahiran rendah dan isu penuaan penduduk yang menjadi antara cabaran terbesar...