Oleh Nurdiyanah R. –
TUTONG, 14 NOV – Sekolah Menengah Tanjong Maya (SMTM), Tutong, selaku tuan rumah telah mengadakan Pertandingan SMTM Spelling Bee Kluster 5, bertempat di sekolah berkenaan, hari ini.
Pertandingan di bawah kendalian Jabatan Bahasa Inggeris itu melibatkan pelajar-pelajar dari SMTM, SM Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Mahad Islam Brunei, SM Sufri Bolkiah, SM Sayyidina Othman dan SM Muda Hashim yang terdiri daripada pelajar Tahun 7 hingga 10.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kementerian Pendidikan, Pengiran Ali Shafie bin Pengiran Haji Abas.
Adapun antara lain penganjuran pertandingan berkenaan bermatlamat untuk menggalakkan semangat berdaya saing secara sihat dan memupuk kerjasama di antara sekolah-sekolah di Daerah Tutong dan membangunkan keyakinan diri dan menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran dalam bidang akademik dan kehidupan pada masa yang akan datang.
Selain itu, ia juga dihasratkan untuk memupuk semangat komuniti antara pelajar-pelajar dan sekolah-sekolah yang terlibat.
Seterusnya, meluaskan perbendaharaan kata pelajar-pelajar dengan mendedahkan mereka kepada kepelbagaian perkataan berserta maknanya dalam bahasa Inggeris.