SAN FRANCISCO, 20 JUN – Snapchat Inc. akan membayar AS$15 juta untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah dikendalikan oleh agensi hak sivil California yang mendakwa syarikat itu mendiskriminasi pekerja wanita, gagal menghalang gangguan seksual di tempat kerja dan bertindak balas terhadap wanita yang membuat aduan.
Jabatan Hak Sivil California mengumumkan kelmarin bahawa penyelesaian dengan Snapchat Inc., yang memiliki aplikasi popular untuk menghilangkan mesej termasuk terhadap wanita yang bekerja untuk syarikat itu di California antara 2014 dan 2024 adalah tertakluk kepada kelulusan mahkamah.
Perjanjian yang dibuat bagi menyelesaikan penyiasatan yang berlangsung lebih tiga tahun berhubung dakwaan tentang syarikat yang berpangkalan di Santa Monica, California itu mendiskriminasi pekerja wanita berhubung soal gaji dan kenaikan pangkat, kata jabatan itu dalam satu kenyataan.
Sebahagian besar daripada wang penyelesaian akan disalurkan kepada pekerja yang menghadapi diskriminasi di Snapchat Inc., kata pegawai California.
“Di California, kami berbangga dengan hasil kerja para inovator negeri kami yang merupakan penggerak ekonomi negara,” kata Pengarah Agensi Hak Sivil California, Kevin Kish.
“Penyelesaian dengan Snapchat ini menunjukkan komitmen bersama kepada California di mana semua pekerja mempunyai peluang yang saksama di American Dream. Wanita berhak mendapat kesaksamaan dalam setiap pekerjaan, di setiap tempat kerja, dan dalam setiap industri,” jelasnya lagi.
Snapchat Inc berkata ia tidak bersetuju dengan dakwaan agensi itu tetapi ia memutuskan untuk menyelesaikannya bagi mengelakkan daripada proses penyelesaian mahkamah yang memerlukan kos yang mahal dan mengambil masa yang lama.
“Kami amat mengambil berat tentang komitmen untuk mengekalkan persekitaran yang adil dan inklusif di Snap, dan tidak percaya bahawa kami mempunyai sebarang isu ekuiti gaji sistemik, diskriminasi, gangguan atau tindakan balas terhadap wanita yang berterusan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Snapchat Inc. berkembang daripada 250 pekerja pada 2015 kepada lebih 5,000 pada 2022. Tetapi pertumbuhan itu tidak diterjemahkan kepada kemajuan bagi pekerja wanita yang ‘disuruh menunggu giliran mereka, secara aktif tidak digalakkan untuk memohon kenaikan pangkat, atau kehilangan peluang kenaikan pangkat kepada rakan sekerja lelaki yang berkelayakan,” kata pegawai California.
Terutama sekali wanita dalam peranan kejuruteraan, yang menyumbang kira-kira 70 peratus daripada tenaga kerja Snap, menemui halangan apabila cuba untuk maju daripada jawatan peringkat permulaan, menurut aduan itu.
Agensi hak sivil California juga berkata dalam tuntutannya bahawa wanita diganggu secara seksual dan apabila mereka bercakap, mereka menghadapi tindak balas termasuk ulasan prestasi negatif dan penamatan jawtaan. Pengurus lelaki secara rutin menaikkan pekerja lelaki berbanding wanita yang lebih berkelayakan, kata agensi itu.
“Wanita diberitahu, secara tersirat dan jelas, bahawa mereka adalah warga kelas kedua di Snap,” kata agensi itu dalam tuntutan mahkamahnya.
Penyelesaian itu memerlukan syarikat mengupah perunding bebas untuk menilai dasar pampasan dan kenaikan pangkatnya serta mengekalkan juruaudit luar mengenai gangguan seksual, tindakan balas dan pematuhan diskriminasinya. Syarikat itu juga perlu melatih kakitangannya untuk mencegah diskriminasi, tindakan balas dan gangguan seksual di tempat kerja, kata pegawai.
Snapchat Inc. juga bersetuju untuk memberikan maklumat kepada semua pekerja tentang hak mereka untuk melaporkan gangguan atau diskriminasi tanpa rasa takut terhadap tindak balas. – AP


