Monday, July 14, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    SOBD adakan majlis penghargaan

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Special Olympic Brunei Darussalam (SOBD) semalam mengadakan majlis penghargaan dan makan malam yang berlangsung di Kelab Golf Diraja Brunei, Jerudong.

    Sementara itu, majlis ini juga meraikan kejuaraan pasukan SOBD Brunei dalam Kejohanan Bola Sepak lima sepasukan Piala Borneo dan Piala Unified di Stadium Negara Hassanal Bolkiah baru-baru ini.

    Hadir dalam majlis ini ialah Presiden SOBD, Leftenan kolonel (B) Pengiran Haji Ramli bin Pengiran Haji Bunut antaranya menyatakan rasa bangga dengan pencapaian dua daripada empat pasukan negara dalam kedua-dua kategori yang dianjurkan di sini tempoh hari.

    “Para pemain cepat memberi respons kepada cabaran dan kelemahan untuk terus mara sehingga ke podium ketika menjulang piala dan semangat seperti ini perlu diteruskan dalam kejohanan serupa di Kuching, Sarawak tahun depan dan jika diizinkan di Summer game di Abu Dhabi tahun depan,” ujarnya.

    Jelasnya lagi, orang ramai dialu-alukan untuk tampil memberikan sokongan daripada aspek kewangan, kelengkapan dan bantuan lain bagi memastikan penyertaan pemain-pemain kita dan beliau turut menyatakan penghargaan kepada Kementerian Pembangunan kerana memberikan sumbangan fasiliti kepada pasukan SOBD di sepanjang tahun.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda