Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Olimpik Khas Brunei Darussalam (SOBD) akan mengadakan Kejohanan Bola Sepak 5-Sepasukan Piala Borneo Olimpik Khas Ke-10 yang akan berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, bermula pada 16 November hingga 18 November 2017.
Perlawanan ini merupakan kali ketiga dianjurkan oleh Negara Brunei Darussalam melalui SOBD, acara yang pertama diadakan pada tahun 2006 dan kedua pada 2011.
Menurut kenyataan SOBD, Piala Borneo pada tahun lalu diadakan di Padang Bola SM LA Salle, Tanjung Aru, Sabah, dan SO Sabah dinobatkan sebagai juara dan SOBD pada ketika itu, memenangi tempat ketiga.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn