Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    SOCA ke-31 bincang langkah kukuh kerja antara sektor, tunggak

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Langkah-langkah bagi mengukuhkan kerja-kerja antara sektor dan tunggak di bawah Majlis Komuniti Sosiobudaya ASEAN (ASCC) adalah antara yang dibincangkan semasa Mesyuarat ke-31 Pegawai-pegawai Kanan bagi ASCC (SOCA), kelmarin.

    Turut dibincangkan adalah kemas kini mengenai keutamaan dan deliverables, serta dokumen-dokumen hasil di bawah Tunggak ASCC, untuk dipertimbangkan oleh Mesyuarat ke-26 ASCC untuk seterusnya dihadapkan kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta sidang-sidang kemuncak berkaitan.

    Mesyuarat juga membincangkan susulan terhadap Rekomendasi Kajian Separuh Penggal ASCC Blueprint 2025, termasuk mengukuhkan Fungsi Pemantauan dan Analisis Sekretariat ASEAN, serta perkembangan kertas yang disediakan oleh Komiti Perwakilan Tetap (CPRs) berhubung modaliti pengerusi ASEAN dan badan-badan sektoral ASEAN untuk mengadakan mesyuarat di Sekretariat ASEAN.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), di sini, mesyuarat yang berlangsung secara persidangan video itu dipengerusikan oleh Setiausaha

    Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan) di KKBS, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari selaku pengerusi SOCA.

    Turut hadir pada mesyuarat itu ialah ketua-ketua SOCA negara ASEAN, Timbalan Setiausaha Agung ASEAN bagi ASCC, Kung Phoak dan delegasi negara ASEAN.

    Mesyuarat merupakan kesinambungan Mesyuarat SOCA Retreat dan Mesyuarat ke-30 SOCA yang diadakan pada awal tahun ini sebagai persiapan kepada Mesyuarat-mesyuarat ASCC khususnya bagi kemajuan yang telah dicapai oleh SOCA dan badan-badan sektoral ASCC sepanjang tahun.

    Kenyataan menyatakan, mesyuarat berkenaan juga telah mengadakan sesi interaktif bersama para peserta Dialog Platform Inovasi Pertama: Pekerjaan dan Digitalisasi Belia dalam Perspektif ASCC pada 27 September lalu.

    Hajah Nor Ashikin mempengerusikan Mesyuarat ke-31 Pegawai-pegawai Kanan bagi ASCC yang diadakan secara dalam talian pada 28 September lalu. – Gambar seerahan KKBS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda