Friday, February 21, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sock juara Paris Masters

    PARIS, 6 Nov – Jack Sock bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menundukkan pemain dari pusingan kelayakan Filip Krajinovic 5-7, 6-4, 6-1 untuk menjuarai Paris Masters, sekali gus meraih tempat ke Pusingan Akhir Jelajah Dunia.

    Pemain pilihan ke-16 itu menamatkan kemaraan penuh dongeng lawannya dari Serbia di ibu negara Perancis untuk memecah masuk kelompok 10 terbaik dunia buat kali pertama dan merampas tempat terakhir ke London daripada pemain Sepanyol, Pablo Carreno Busta.

    Meskipun tewas pada set pertama yang sengit, pemain berusia 25 tahun itu meningkatkan tahap permainannya dan mudah memenangi set penentuan untuk merangkul kejuaraan terbesar kerjayanya.

    “Minggu hebat. Sukar untuk menjelaskannya,” kata Sock, yang ketinggalan 5-1 dalam set ketiga dalam perlawanan pembukaan menentang Kyle Edmund.

    “Memasuki minggu ini, saya tidak mempunyai idea untuk mara ke London.

    Jack Sock dari Amerika Syarikat mengucup trofi kemenangannya selepas menewaskan Filip Krajinovic dalam perlawann akhir Paris Masters di Paris. – AP
    Reaksi kecewa Krajinovic selepas tewas 5-7, 6-4, 6-1 kepada Jack Sock. – AFP

    “Untuk bangkit daripada defisit ketika dalam perlawanan pertama saya di sini, dan kini memegang trofi ini serta bercakap dengan anda semua adalah pencapaian menakjubkan.”

    Sock, yang menghuni tangga ke-24 dalam ‘Race to London’ sebelum tiba di Bercy, akan menjadi pemain nombor satu Amerika buat kali pertama selepas menundukkan pemain yang menyingkirkan rakan senegaranya Sam Querrey dan John Isner awal minggu ini.

    Krajinovic mempamerkan aksi yang hampir menjadikannya pemain pertama dari pusingan kelayakan memenangi kejuaraan Masters sejak Albert Portas pada 2001, namun akhirnya dia gagal muncul pemain kedua Serbia selepas Novak Djokovic mencapai tahap itu.

    “Ini minggu terbaik dalam hidup saya,” kata Krajinovic. “Saya tidak akan melupakan saat ini dalam hidup saya. Tampil dari pusingan kelayakan hingga ke final satu impian menjadi kenyataan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda