Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Softball Ravens menang bergaya di SSOMS, 2025

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Pasukan Softball Ravens dari Brunei yang di bawah naungan Brunei Amateur Softball Baseball Association (BASBA) telah menyapu bersih 5 perlawanan peringkat saringan dan menduduki tangga teratas dalam carta kedudukan pasukan di 2nd Selangor Softball Open Merdeka Series 2025 yang diadakan baru-baru ini di Selangor, Malaysia.

    Dalam perlawanan itu, pasukan berkenaan mara ke perlawanan separuh akhir menentang pasukan Putracyber dari Malaysia dengan keputusan 19-0, yang berlanjutan hingga 7 inning.

    Perlawanan akhir, Ravens yang menentang pasukan tuan rumah, Pasukan Softball Wanita Selangor sekali lagi mencatat kemenangan dengan 6-0.

    Pasukan Softball Ravens dari Brunei juara kategori wanita  di 2nd Selangor Softball Open Merdeka Series 2025, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PASUKAN SOFTBALL RAVENS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda