TOKYO, 20 MAC – Kumpulan SoftBank berkata kelmarin bahawa ia telah mencapai perjanjian untuk membeli syarikat semikonduktor Amerika Syarikat (AS), Ampere, pada harga AS$6.5 bilion.
Perjanjian itu, yang datang apabila permintaan untuk cip telah bertambah berikutan peningkatan terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI), masih tertakluk kepada kelulusan kawal selia, kata SoftBank dalam satu kenyataan.
Ampere Computing ialah syarikat reka bentuk cip yang memberi tumpuan kepada teknologi AI berprestasi tinggi, cekap tenaga, mampan berdasarkan platform pengiraan ARM, kata kenyataan itu.
SoftBank Group sudah pun menjadi pemegang saham majoriti dalam Arm Holdings, yang teknologinya digunakan dalam 99 peratus telefon pintar.
Pengambilalihan itu, yang dijangka ditutup pada separuh kedua 2025, akan mengukuhkan dorongan agresif SoftBank ke dalam AI. – AFP
