Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sokon Group buat pelaburan kenderaan tenaga baharu

    BANDAR SERI BAGAWAN, 28 JULAI – Chongqing Sokon Group (syarikat induk kepada jenama DFSK yang akan diperkenalkan di negara ini), merupakan pemilik SF Motors yang berpangkalan di California dengan pengasas bersama Tesla dan ketua pegawai eksekutifnya, Martin Eberhard.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan TCY Motors di sini hari ini, Sokon Group ditubuhkan pada tahun 1986, merupakan sebuah syarikat pembuatan enjin dan kenderaan tenaga baharu sebagai perniagaan utama mereka dan membina sebuah kenderaan yang lengkap sebagai barisan perniagaan utamanya.

    Sokon telah menjalin rantaian industri yang lengkap meliputi penyelidikan dan pembangunan bebas, pembinaan, jualan dan perkhidmatan automobil, enjin dan bahagian-bahagian kenderaan.

    Syarikat tersebut turut mempunyai beberapa buah anak syarikat termasuk DFSK, hasil kerjasama antara Sokon Group dan Dongfeng Motor.

    Ibu pejabat Sokon Group terletak di Chongqing, China, dan enam buah pusat penyelidikan dan pembangunannya berada di China, Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat (AS) serta memiliki lapan buah kilang kenderaan yang moden. Selain itu, Sokon turut mempunyai kilang pembuatan enjin dan bahagian kenderaan yang berpusat di China, Indonesia dan AS.

    Produk yang dihasilkan Sokon telah dijual lebih di 70 buah negara dan telah menyediakan lebih daripada 10,000 peluang pekerjaan menghasilkan nilai output lebih daripada 30 bilion RMB (AS$4.2 bilion).

    Pada Jun 2016, Sokon Group telah melakar satu langkah penting apabila ia menawarkan IPO kepada umum. Sokon Group telah menerima banyak anugerah termasuk Jenama Terkenal China, Syarikat Yang Dipercayai Kebangsaan, Anugerah Majikan Cemerlang Negara dan Syarikat Demonstrasi Nasional dalam Perlindungan IPR.

    Ia berulang kali tersenarai dalam salah satu kedudukan 500 Perusahaan Swasta Terbaik di China, 500 Syarikat Pengeluar dan Mesin Terbaik di China.

    Jumlah keseluruhan jualan DFSK di China lebih daripada empat juta unit. Pada tahun 2008, syarikat telah mengeksport ke lebih daripada 70 buah negara, dan jumlah keseluruhan jualan di luar negara telah mencecah hampir 300,000 unit.

    Kenderaan yang dihasilkan Sokon telah dijual lebih di 70 buah negara.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda