Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sokong pelajar pelbagai keperluan pembelajaran

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Sebagai komitmen kepada pendidikan inklusif, Sekolah Sinaran Harapan telah mengambil bahagian dalam Bengkel Pembelajaran Keperluan Khas yang dianjurkan oleh Learning Ladders Society dengan kerjasama Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), baru-baru ini.

    Bengkel yang membawa tema, Memperkasakan Pendidik: Mengemudi Dunia Keperluan Khas di Sekolah-sekolah, menyediakan para peserta dengan strategi praktikal untuk menyokong pelajar-pelajar dengan pelbagai keperluan pembelajaran termasuk mereka yang berada di spektrum autisme.

    Sesi bengkel menumpukan kepada mengenal pasti mercu tanda pembangunan, melaksanakan teknik pengurusan sikap bilik darjah serta mengukuhkan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa dan pihak berkepentingan.

    Pengerusi Sekolah Sinaran Harapan, Loo Shee Yun dan Pentadbir Kanan Sekolah Sinaran Harapan, Tasha Tang telah mewakili sekolah berkenaan telah mengambil bahagian dalam kumpulan ketiga peserta dengan tiga lagi guru dari sekolah itu, akan mengambil bahagian dalam kumpulan keempat yang akan menyusul.

    Penglibatan aktif sekolah berkenaan mencerminkan pendekatan proaktif dalam melengkapkan pihak pengurusan dan kakitangan mengajar dengan kemahiran khusus untuk menyokong pendidikan inklusif.

    Loo Shee Yun dipetik menyatakan latihan itu adalah selaras dengan visi jangka panjang sekolah berkenaan di mana dengan membina kapasiti pendidiknya, mereka mengukuhkan keupayaan untuk menyediakan pendidikan berkualiti kepada semua kanak-kanak tanpa mengira keupayaan.

    Menerusi latihan berterusan dan pembangunan profesional, Sekolah Sinaran Harapan terus meningkatkan keupayaannya dalam menyediakan persekitaran pembelajaran di mana kanak-kanak semua keupayaan dalam maju.

    Loo Shee Yun dan Tasha Tang bergambar ramai semasa menyertai bengkel bagi pembelajaran keperluan khas, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH SINARAN HARAPAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda