KIEV, 31 JAN – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo berkata hari ini sokongan Washington terhadap Ukraine tidak akan berubah ketika lawatan ke negara di tengah proses pendakwaan AS.
Selepas rundingan dengan Pompeo, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata beliau menghargai sokongan AS, tetapi Washington harus lebih bersikap proaktif dalam menyelesai konflik negara dengan pemisah sokongan Moscow.
Ukraine sedang mengamal dasar berhati-hati dalam hubungannya dengan Amerika Syarikat – berminat untuk mengekalkan sokongan AS dalam perang tetapi was-was untuk mengelak dibelenggu dalam politik domestik AS.
Pompeo adalah pegawai tertinggi AS yang melawat Ukraine sejak bermulanya proses pendakwaan terhadap Presiden AS Donald Trump, yang dituduh menangguh bantuan tentera untuk mendesak Kiev menyiasat pesaing Demokratik Joe Biden.
Pompeo berkata tidak timbulnya keraguan mengenai sokongan Washington terhadap Ukraine, menggelarnya ‘benteng di antara kebebasan dan autoritarianisme di barat Eropah.’
“Amerika Syarikat melihat perjuangan Ukraine untuk kebebasan, demokrasi dan kemakmuran sebagai amat berani. Komitmen kami untuk menyokongnya tidak akan berubah,” kata beliau pada sidang akhbar bersama Zelensky.
Zelensky, yang didakwa menghadapi tekanan daripada Trump dalam satu panggilan telefon pada 25 Julai, menggesa Washington supaya ‘lebih aktif membabitkan diri dalam proses perdamaian di timur Ukraine’ dan melantik seorang wakil khas untuk mengatasi konflik berkenaan. – AFP
