Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sokongan terus diberikan tangani wabak COVID-19

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Pelbagai sumbangan terus disalurkan kepada orang ramai dalam sama-sama memainkan peranan dan memberikan sokongan kepada kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan bagi membendung dan menangani penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hari ini, menyatakan lima penyumbang yang terdiri daripada syarikat swasta dan orang persendirian telah menghulurkan sumbangan pada 24 dan 25 September lalu.

    Penderma-penderma berkenaan ialah Famous Textile Sdn Bhd yang menyumbangkan baju T; Shannon dan Ang May Ling menyumbangkan pembersih lantai, serbuk pencuci pakaian, pensanitasi tangan, mi segera, air minum, cecair pencuci pakaian, biskut dan pelitup muka; Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei menyumbangkan air minum dan pelindung muka; FOS Management Service Pte Ltd menyumbangkan scrub dan Kpt Zulfakhri menyumbangkan cool box dan pek ais.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan itu lagi, menyatakan orang ramai yang ingin membuat sebarang sumbangan, mereka boleh berhubung terus dengan Pusat Operasi Kecemasan Kementerian Kesihatan (MOHEOC) melalui talian 7295712 pada waktu bekerja sahaja.

    Sumbangan daripada Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda