Wednesday, October 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Solat hajat menjelang PSR

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Bagi sama-sama memohon keberkatan dan kejayaan menjelangnya Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi pelajar Tahun 6, Tinkerbell Learning School (TLS) mengadakan Majlis Solat Sunat Hajat dan Bacaan Surah Yasin, kelmarin.

    Majlis yang berlangsung di Masjid Salambigar itu telah dihadiri oleh Pengetua TLS, Dayang Nurul Azimah binti Haji Abdul Rahman, guru-guru dan kakitangan sekolah, bersama seramai 64 pelajar Tahun 6 dari sesi pagi dan petang bersama ibu bapa dan penjaga pelajar berkenaan.

    Majlis kerohanian yang dikendalikan sekolah berkenaan secara tahunan itu bermatlamat untuk memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT khusus bagi pelajar Tahun 6 supaya dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan yakin dan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

    Gambar ramai pelajar TLS semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN TINKERBELL LEARNING SCHOOL
    GAMBAR SERAHAN TINKERBELL LEARNING SCHOOL
    GAMBAR SERAHAN TINKERBELL LEARNING SCHOOL
    GAMBAR SERAHAN TINKERBELL LEARNING SCHOOL

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda