Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Sebagai usaha bagi memohon kejayaan pelajar-pelajarnya yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi, pihak Sekolah-Sekolah PGGMB telah mengadakan Solat Hajat, Membaca Surah Yassin dan Doa Selamat yang berlangsung di Masjid Lambak Kanan, kelmarin.
Majlis ini bagi memohon kejayaan dan kecemerlangan bagi murid-murid Tahun 6 Sekolah-Sekolah Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) yang akan menduduki Peperiksaan PSR yang bermula pada 9 Oktober.
Pada tahun ini, seramai 76 orang murid sekolah berkenaan akan menduduki peperiksaan PSR 2025 iaitu murid daripada Sekolah PGGMB Sungai Akar, STJ PGGMB lambak, STJ PGGMB Madang dan STJ Kuala Belait.
Pada majlis itu, Solat Hajat, Membaca Surah Yassin dan Doa Selamat dipimpin oleh Ustaz Iswandy bin Haji Hamidon.

Hadir bagi sama menyerikan majlis berkenaan, Yang DiPertua PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri; Pengerusi Tetap PGGMB, Hajah Hanipah binti Haji Apong; Setiausaha Kewangan PGGMB, Haji Juned bin Haji Ramli; Timbalan Setiausaha Agung (Luar Negeri), Haji Yahya bin Hj Mirassan; Ketua Kampung Lambak, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi; Guru Besar STJ PMMBD Lambak, Noriada binti Abdullah; Guru Besar STJ PGGMB Madang, Suraimah binti Kawi; Guru Besar STJ PGGMB Sungai Akar, Maswsti Airin Patrah binti Ahmad, guru-guru, ibu bapa, penjaga dan murid-murid sekolah berkenaan.
Majlis itu bermatlamat untuk memohon kejayaan dan kecemerlangan, taufik dan hidayah bagi murid-murid dalam peperiksaan PSR, mengeratkan silaturahim dikalangan guru-guru dan para ibu bapa serta sentiasa membudayakan bersolat dan berdoa dalam kehidupan seharian.
Sambutan dari para ibu bapa dan penjaga murid dalam usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah amat menggalakkan serta menzahirkan ucapan terima kasih dalam menyantuni dan berusaha meningkatkan kecemerlangan anak- anak mereka.
Haji Mustapa merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas komitment dan sokongan padu dari Ibu Bapa / Penjaga Murid dalam sama-sama berusaha meningkatkan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak mereka.
Beliau juga berharap supaya Ibu Bapa/ Penjaga akan terus istiqamah membantu dan menyantuni anak-anak mereka sepanjang peperiksaan PSR di antara serta mendoakan semoga anak-anak mereka akan meraih kejayaan dalam peperiksaan nanti.




