Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 17 JUN – Sempena menyambut Hari Raya Aidiladha, acara menunaikan Solat Sunat Aidiladha telah diadakan di seluruh negara hari ini.
Di Daerah Belait, majlis tersebut telah diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait, di mana menyaksikan jemaah dari kawasan sekitar tersebut hadir untuk menunaikan solat sunat berkenaan.
Majlis kemudiannya disusuli dengan khutbah sempena Hari Raya Aidiladha, yang kedua-duanya diketuai oleh pegawai hal ehwal masjid tersebut, Awang Afiq Hairie bin Haji Mat Daud.