Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Solat Sunat Gerhana Bulan pada 29 Oktober ini

    Gambar hiasan dari Canva.

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah memaklumkan bahawa fenomena bulan separa akan berlaku di Negara Brunei Darussalam 29 Oktober bermula jam 3:35 pagi hingga 4:52 pagi.

    Sehubungan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid akan mengadakan Sembahyang Sunat Gerhana Bulan pada hari tersebut jam 4:15 pagi di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan utama di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.

    Oleh yang demikian, orang ramai dan para jemaah adalah dialu-alukan hadir ke masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara bagi sama-sama menunaikan Sembahyang Sunat Gerhana Bulan pada hari dan masa yang telah dinyatakan.

    Sekiranya sabit berlakunya gerhana, umat Islam disunatkan untuk menunaikan Sembahyang Sunat Gerhana.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...