Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Solat Sunat Hajat pohon kejayaan sebelum duduki peperiksaan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Sebagai usaha bagi memohon kejayaan pelajar-pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki Peperiksaan PSR tidak lama lagi, pihak sekolah-sekolah Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) telah mengadakan Solat Sunat Hajat, Membaca Surah Yasin dan Doa Selamat di Masjid Lambak Kanan, kelmarin.

    Seramai 76 orang murid akan menduduki Peperiksaan PSR 2025 dari Sekolah PGGMB Sungai Akar, Sekolah Tunas Jaya (STJ) PGGMB lambak, STJ PGGMB Madang dan STJ PGGMB Kuala Belait.

    Solat Sunat Hajat, bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat dipimpin oleh Awang Iswandy bin Haji Hamidon.

    Hadir bagi sama menyerikan majlis berkenaan ialah Yang Di-Pertua PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri; Pengerusi Tetap PGGMB, Hajah Hanipah binti Haji Apong; Setiausaha Kewangan PGGMB, Haji Juned bin Haji Ramli; Timbalan Setiausaha Agung (Luar Negeri), Haji Yahya bin Haji Mirassan; Ketua Kampung Lambak, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi; Guru Besar STJ PGGMB Lambak, Dayang Noriada binti Abdullah; Guru Besar STJ PGGMB Madang, Dayang Suraimah binti Kawi; Guru Besar STJ PGGMB Sungai Akar, Dayang Maswati Airin Patrah binti Ahmad; guru- guru, ibu bapa dan penjaga serta murid-murid sekolah berkenaan.

    Majlis itu bermatlamat untuk memohon kejayaan dan kecemerlangan, taufik dan hidayah bagi murid-murid dalam Peperiksaan PSR, mengeratkan silaturahim di kalangan guru-guru dan para ibu bapa serta sentiasa membudayakan bersolat dan berdoa dalam kehidupan seharian.

    Sambutan daripada para ibu bapa dan penjaga murid dalam usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah amat menggalakkan serta menzahirkan ucapan terima kasih dalam menyantuni dan berusaha meningkatkan kecemerlangan anak-anak mereka.

    Haji Mustapa dipetik merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas komitment dan sokongan padu daripada ibu bapa dan penjaga murid dalam sama-sama berusaha meningkatkan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak mereka.

    eliau juga berharap supaya ibu bapa dan penjaga akan terus istiqamah membantu dan menyantuni anak-anak mereka sepanjang Peperiksaan PSR di antara serta mendoakan semoga anak-anak mereka akan meraih kejayaan dalam peperiksaan nanti.

    Murid-murid sekolah-sekolah PGGMB yang menyertai Majlis Solat Sunat Hajat, Membaca Surah Yasin dan Doa Selamat sebelum menghadapi peperiksaan. – GAMBAR SERAHAN STJ PGGMB
    GAMBAR SERAHAN STJ PGGMB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda