Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Solat Sunat Hajat untuk pelajar PIP Yayasan

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 24 SEPT – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) hari ini, telah menganjurkan majlis solat Sunat Hajat untuk pelajar-pelajar di bawah Program Intervensi Pendidikan Yayasan (PIP) di seluruh negara.

    Bagi Daerah Belait dan Tutong, majlis diadakan di Masjid RPN Kampung Pandan dan dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga ahli Lembaga Pengarah Yayasan, Dato Seri Paduka Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos selaku tetamu kehormat.

    Seramai 212 orang pelajar dari kedua-dua daerah berkenaan menghadiri majlis tersebut.

    Bagi memperingati majlis tersebut, sijil-sjiil telah diserahkan kepada tiga buah sekolah yang telah bertindak sebagai pusat bagi kelas tuisyen, termasuk Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Maktab Anthony Abell, dan Pusat Tingkatan Enam Tutong.

    Selain itu, tetamu kehormat turut menyerahkan sejumlah buku bagi pihak Yayasan kepada masjid itu yang diterima Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid RPN Kampung Pandan, Awang Abdul Qayyum bin Haji Aminuddin.

    Majlis tersebut juga diadakan serentak di Daerah Brunei dan Muara di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam.

    Dato Seri Paduka Mohd Riza menyampaikan sumbangan buku untuk Masjid RPN Kampung Pandan. – Gambar oleh Daniel Lim
    Dato Seri Paduka Mohd Riza hadir selaku tetamu kehormat pada majlis di Masjid RPN Kampung Pandan. – Gambar oleh Daniel Lim
    Gambar oleh Daniel Lim
    Gambar oleh Daniel Lim
    ATAS & BAWAH : Antara pelajar yang hadir pada majlis keagamaan berkenaan. – Gambar oleh Daniel Lim
    Gambar oleh Daniel Lim

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda