Friday, May 2, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Solat tarawih bermula

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Umat Islam di seluruh negara mula mengerjakan solat sunat Tarawih pada malam pertama bulan Ramadan di masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara, malam hari ini.

    Umat Islam terdiri daripada rakyat Negara Brunei Darussalam, penduduk tetap dan warga asing tidak ketinggalan membesarkan bulan Ramadan dan meraih ganjaran berlipat kali ganda pada malam pertama Tarawih yang juga disebut Qiyamu Ramadan dan dikerjakan setelah solat fardu Isyak sehingga lewat malam.

    Hukum mengerjakan solat Tarawih adalah sunat Muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi setiap umat Islam pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.

    Ia sekali gus menyemarakkan lagi bulan suci Ramadan, meningkatkan syiar Islam, meraih keredaan Allah S.W.T dan meraih ganjaran berlipat ganda.

    Antara jemaah yang mengerjakan solat sunat Tarawih pada malam pertama Ramadan di ibu negara.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda