Tuesday, April 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Solekan buat Park Bom nampak cantik, bukan sebab filter

    Ahli kumpulan 2NE1 Park Bom menyangkal dakwaan dia menggunakan aplikasi penapis kamera atau filter dalam foto-foto yang dimuat naik di media sosial.

    Sebaliknya kata Park Bom, 41, wajahnya kelihatan cantik hasil tatarias jurusoleknya yang hebat.

    “Berlatih untuk konsert Seoul dengan jurusolek saya.

    “Bukan filter tapi solekan,” katanya memetik laporan mStar.

    Park Bom berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagramnya pada Jumaat.

    Dalam pada itu, Park Bom turut menyiarkan foto bersama rakan sekumpulannya iaitu CL yang sedang berlatih untuk konsert 2NE1 akan datang.

    Malah sekali lagi Park Bom tegaskan dia tidak menggunakan apa-apa filter pada hantaran berkenaan.

    “Berlatih untuk konsert hari ini dengan CL, tiada filter digunakan,” ujarnya.

    Sebelum ini segelintir warganet membuat spekulasi Park Bom menggunakan filter berlebihan untuk mengambil swafoto terutamanya menunjukkan saiz matanya.

    Membalas respons berkenaan, Park Bom menyiarkan gambar tambahan untuk menyangkal tuduhan itu dan dengan tegas menafikan sebarang penggunaan filter. – Agensi

    Park Bom menyangkal dakwaan dia menggunakan aplikasi penapis kamera atau filter. – Soompi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda