Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Solskjaer akui punca cedera

    MANCHESTER, 27 Feb – Ole Gunner Solskjaer percaya keistimewaan bermain untuk Manchester United seharusnya mengenai ‘survival of the fittest’ ketika dia menangani krisis kecederaan yang meruncing.

    Solskjaer terpaksa membuat tiga pertukaran di separuh masa pertama ketika perlawanan menentang Liverpool yang berkesudahan seri 0-0, di mana Ander Herrera, Juan Mata dan Jesse Lingard semuanya mengalami kecederaan.

    Warga Norway itu mungkin tanpa 10 pemain bagi kunjungan ke Crystal Palace awal pagi Khamis ini dan mengakui bahawa sebahagian masalah otot yang dialami oleh skuadnya mungkin akibat daripada permintaan fizikal yang tinggi daripada pemain-pemainnya.

    Statistik larian United telah meningkat dengan mendadak sejak Solskjaer menggantikan Jose Mourinho pada bulan Disember.

    Itu adalah faktor yang membawa kepada perubahan dalam keputusan United, dengan 11 menang dan hanya kalah sekali dari 14 perlawanan di bawah kendalian Solskjaer.

    Antara reaksi Solskjaer ketika pasukannya menentang Liverpool di Old Trafford baru-baru ini. – AP
    Jesse Lingard terbaring di atas padang selepas mengalami kecederaan. – AP

    “Ya, ia mungkin berkaitan. Tetapi bila lagi perlu membuat perubahan? Adakah anda perlu buat sehingga pra musim dan berfikir anda akan dapat mengubah keputusan dengan tidak meminta mereka berlari lebih? Atau kita mula sekarang dan menunjukkan mereka intensiti dan bagaimana kami perlu bermain?” kata Solskjaer.

    Pengurus sementara itu sudah menyatakan kemahuannya untuk United bermain serangan pantas, yang menjadikan mereka terkenal semasa era Alex Ferguson di Old Trafford.

    “Anda sudah lihat apa yang saya pilih,” tambahnya. “Kami perlu bermain sebagai pasukan Manchester United. Jika anda mahu menjadi sebahagian daripada Manchester United, ia perlu ‘survival of the fittest’ bukan?”

    Solskjaer mengakui bahawa permintaan fizikal dengan gaya banyak berlari mungkin memberi kesan pada sebahagian pemain utamanya.

    Tetapi dia menegaskan kepentingan sikap profesional di luar padang dan standard yang perlu ditetapkan sebagai seorang pemain Manchester United. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda