MOGADISHU, 29 April – Perdana Menteri Somalia, Hassan Ali Khaire telah merayu komuniti antarabangsa untuk bantuan kemanusiaan bagi membantu krisis kemanusiaan apabila kejadian banjir telah menjejaskan ratusan ribu orang.
Menurut Khaire, situasi semakin bertambah buruk dengan agensi-agensi bantuan memberi amaran bahawa hampir setengah juta penduduk telah terjejas di benua selatan tengah negara tersebut.
“Kami semua bersetuju untuk berganding bahu membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir,” menurut perdana menteri lewat kelmarin selepas mengarahkan 22 anggota sepasukan untuk bertindak balas dengan cepat.
Dia juga meminta utusan-utusan yang menghadiri mesyuarat untuk berusaha sementara menyeru rakyat Somalia menyumbang bagi mengurangkan beban krisis selepas lebih 400,000 rakyat Somalia terjejas banjir termasuk 175,000 yang lain tiada tempat berteduh.
“Kami meminta komuniti dari pelbagai latar belakang untuk berunding bagi memberi respons kecemasan kepada mangsa banjir,” menurut Khaire. – Xinhua