Thursday, May 15, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Somalia semakin goyah kerana COVID-19

    MOGADISHU, SOMALIA – Pada mulanya, koronavirus itu hanyalah kisah dongeng, khabar angin di sepanjang lorong berdebu di perkhemahan orang yang dipindahkan yang dipanggil oleh Habiba Ali sebagai rumah.

    Ia tampak penuh fantasi, satu penyakit merebak di dunia jauh di luar sempadan Somalia, membunuh ribuan orang dan menjadikan beberapa buah negara terkaya dalam keadaan panik.

    Kemudian, kes pertama virus Somalia diumumkan pada 16 Mac lalu, dan salah sebuah daripada negara-negara yang paling rapuh di dunia yang keadaannya semakin goyah. Hampir tiga dekad konflik, serangan ekstrem, kemarau, penyakit dan serangan belalang juta yang dahsyat telah mengakibatkan jumlah yang besar. Sudah terdedah, berjuta-juta orang Somalia kini merenungkan cara baharu untuk mati.

    “Kami menjadi lemah dengan ketakutan yang luar biasa terhadap penyakit ini,” kata Ali sambil bimbang tentang enam orang anaknya.

    “Dan kami juga mengelak berjabat tangan dengan orang lain. Ketakutan kita adalah benar, dan kita tidak berdaya,” tambahnya.

    Penduduk tinggal di kawasan yang sempit di kem Sayidka, perkhemahan orang yang dipindahkan di Mogadishu, Somalia. – AP
    Seorang lelaki Somalia memakai topeng muka dan sarung tangan di jalanan selepas kerajaan mengarahkan penutupan sementara semua sekolah, universiti dan melarang perkumpulan besar. – AP

    Seorang wanita Somalia sedang mencuci tangannya ketika latihan kesedaran mengenai koronavirus ditunjukkan oleh beberapa paramedik dan doktor tempatan di Mogadishu. – AP

    Walaupun pekerja-pekerja kesihatan memakai topeng muka memasuki kem Sayidka di ibu kota, Mogadishu, untuk menunjukkan cara mencuci tangan dengan sabun dan air, pihak-pihak berkuasa merasa bimbang. Kanak-kanak kecil meniru langkah pencegahan virus, dengan gembira menutup mulut mereka dengan tangan mereka.

    Somalia menduduki tempat ke-194 dari 195 negara dalam Indeks Keselamatan Kesihatan Global Johns Hopkins untuk tahun 2019 dan mendapat angka sifar dalam beberapa bidang, termasuk kesediaan kecemasan, tindak balas kecemasan, amalan kawalan jangkitan dan akses penjagaan kesihatan.

    Negara ini tidak mempunyai peralatan penting untuk jenis rawatan intensif bagi pesakit COVID-19, ia sangat diperlukan, jelas Menteri Kesihatan Fawsia Abikar kepada media. Terdapat kurang daripada 20 buah katil di unit rawatan rapi.

    Somalia juga tidak mempunyai keupayaan untuk menguji virus baru, yang bermakna contoh dihantar ke luar negara dan keputusan tertangguh selama lebih daripada seminggu. Khemah kuarantin telah didirikan di sekitar pelabuhan lama di Mogadishu. Sehingga hari Ahad lalu, semua penerbangan antarabangsa dan domestik, kecuali kargo perubatan dan makanan kecemasan, telah dihentikan sementara.

    “Ini adalah satu penyakit yang telah mengatasi sistem penjagaan kesihatan yang lebih canggih di negara-negara lain daripada kita,” kata Presiden Mohamed Abdullahi Mohamed dalam kempen kesedaran awam.

    Pada hari-hari kebelakangan ini kes virus ketiga telah disahkan. Orang yang dijangkiti itu adalah kontraktor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di kawasan kukuh perlindungan berhampiran lapangan terbang antarabangsa di mana banyak diplomat dan kumpulan-kumpulan bantuan berpangkalan.

    Nasib Somalia bergantung kepada pihak berkuasa yang lain yang lebih berbahaya, kumpulan extremis al-Shabab yang berkaitan dengan Al-Qaeda yang mengawal atau menguasai bahagian-bahagian wilayah tengah dan selatan.

    Al-Shabab sering menyerang di tengah-tengah ibu kota, dengan para pejuang meletupkan bom bunuh diri di pusat pemeriksaan atau pejabat dengan menyusup masuk dengan cara menyamar sebagai pekerja. Peluang untuk jangkitan juga wujud di sepanjang jalan utama di Somalia di mana kumpulan ini mengendalikan sistem cukai secara paksa.

    Sementara pemimpin al-Shabab baru-baru ini bertemu untuk membincangkan langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak koronavirus, kumpulan itu telah bermusuhan dengan pekerja kemanusiaan semasa kecemasan yang lalu. Tidak ramai yang mengharapkan sesuatu yang berbeza sekarang.

    “Pelajaran daripada wabak sebelumnya, termasuk wabak kolera pada tahun 2017, memberitahu kita bahawa ia tidak akan membolehkan rakan kongsi kemanusiaan akses ke kawasan yang memerlukan,” kata pengarah agensi Action for Hunger Somalia, Ahmed Khalif, kepada media.

    Tetapi “mereka membiarkan orang mendapatkan penjagaan kesihatan (di tempat lain) apabila sejumlah besar dijangkiti, maka kami mengharapan tindakan serupa.”

    Dari pejabatnya di Mogadishu di mana meja telah dipisahkan untuk penjarakkan sosial, kebimbangan Khali lebih panjang daripada garisan itu.

    Oleh kerana pentadbiran yang silih berganti sekian lama, jalinan sosial penduduk Somalia kini terancam, katanya. Sapaan berupa pelukan mesra mesti dihentikan, meskipun terdapat kekeliruan bahawa cuaca panas akan mampu mengalahkan virus itu.

    Sekitar 6 juta orang Somalia hidup dalam keadaan terbiar, banyak daripada mereka dilanda bencana yang lalu dan kebanyakannya mengalami kebuluran.

    Beratus-ratus ribu orang berpegang pada kewujudan yang ada di pinggir Mogadishu, rumah mereka berdindingkan atap zink, bahkan kain bergantungan di sana sini, sesak sebelah menyebelah dan akses air yang sangat terhad.

    “Ia akan melangkaui imaginasi sesiapa saja.

    “Satu wabak penyakit yang meluas akan menjadi bencana kepada orang-orang yang sudah terdedah,” kata Khalif. Virus itu tidak mendiskriminasikan orang kaya atau miskin, katanya.

    Di tempat lain di Mogadishu, orang yang lebih berkemampuan bergegas untuk membekal topeng muka, gel pembasmi kuman dan sarung tangan.

    “Permintaan sangat tinggi,” kata kakitangan Abdul Pharmacist, Abdulkhadir Muse, sebaik saja rak dikosongkan.

    “Masalahnya adalah bahawa sesetengah orang membeli dalam kuantiti yang banyak dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi.”

    Ramai pembeli masih bersembang secara terbuka di bandar berjumlah 2.5 juta orang itu dan ada yang masih berjabat tangan.

    Sistem kesihatan menunjukkan terdapat kekurangan besar. Sesetengah hospital di Mogadishu tidak menerima orang ramai yang mengalami demam panas, beberapa orang memberitahu AP, menimbulkan kebimbangan mengenai spekulasi bahawa mereka yang menghidap demam panas berkemungkinan dijangkiti virus.

    Mereka yang menyalurkan maklumat itu enggan dikenali kerana bimbang natijahnya.

    “Jika disahkan, amalan sedemikian boleh menghalang pesakit daripada keluar dan mendapatkan rawatan perubatan,” kata Dr. Ali Hassan, pakar dalaman.

    Di seberang bandar, jauh di kem Sayidka, penduduk Yusuf Ibrahim merenungkan kemungkinan terpaksa berpindah lagi. Kemarau memaksa dirinya meninggalkan rumahnya tiga tahun lalu.

    “Sebagai orang yang merempat, kami sangat terdedah,” katanya.

    “Jika penyakit ini menular di antara kita, kita akan menderita.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/