Son kekal di Tottenham

LONDON, 23 JULAI – Penyerang Korea Selatan, Son Heung-min telah menandatangani kontrak empat tahun baharu dengan Tottenham Hotspur, demikian diumumkan kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Pemain berusia 29 tahun itu, yang bergabung dari Bayer Leverkusen pada tahun 2015, kini akan kekal di kelab London utara itu sehingga 2025 setelah memperoleh kenaikan gaji.

“Rasa sangat bertuah untuk bermain di sini selama enam tahun, kelab menunjukkan rasa hormat yang besar dan jelas saya sangat gembira berada di sini,” kata Son dalam satu kenyataan.

“Rasanya seperti di rumah, terutama dengan peminat, pemain, kakitangan. Tidak ada keputusan. Sangat mudah. ​​Saya sangat gembira berada di sini dan akan sangat gembira dapat melihat peminatnya tidak lama lagi.”

Son telah menjadi pemain utama Spurs sejak kedatangannya, menja-ringkan 107 gol dalam 280 penampilan dan menjalin kerjasama yang hebat dengan Harry Kane yang masa depannya di kelab masih diragui. – AFP