Park So Dam mengucapkan terima kasih kepada bekas pelakonnya, ahli kumpulan Apink, Son Naeun kerana menyokong drama beliau yang akan datang.
Pada 24 Jun, pelakon itu menyiarkan foto trak kopi dalam aplikasi Instagram dan menulis, “Terima kasih, Nang-ni. Hye Ji x Ha Won.”
Dalam post lain, dia menulis, “Saya merasa lebih kuat.”
Park So Dam dan Son Naeun berlakon bersama dalam drama tvN Cinderella and Four Knights pada tahun 2016. Hye Ji dan Ha Won adalah nama watak mereka dalam drama tersebut. Bulan lalu, Park So Dam menghantar trak kopi ke set drama Son Naeun juga.
Park So Dam kini menjalani penggambaran Record of Youth, sebuah drama mengenai anak muda dalam industri pemodelan. Ia juga dibintangi Park Bo Gum, Byun Woo Seok, dan ramai lagi. Drama terbaharu Son Naeun, Dinner Mate, kini ditayangkan di MBC. – Agensi