Son pemain Asia pertama cipta rekod

BIRMINGHAM, UNITED KINGDOM, 18 FEB – Son Heung-min meledakkan gol ketika peluang Tottenham untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan semakin cerah dengan kemenangan 3-2 menentang Aston Villa kelmarin.

Kemenangan Liga Perdana kali ketiga berturut-turut untuk Spurs membawa Spurs naik ke tempat kelima liga cukup untuk menjamin kelayakan Liga Juara-Juara dengan Manchester City menghadapi larangan dua musim dari pertandingan itu dan hanya satu mata di tempat keempat Chelsea.

Pasukan Jose Mourinho layak mendapat kemenangan selepas bangkit dari mimpi ngeri apabila Toby Alderweireld menjaringkan golnya sendiri.

Pemain Belgian itu pantas mengubah keputusan di akhir perlawanan dengan jaringannya sebelum Son menjaringkan gol kemenangan selepas Pepe Reina menyelamatkan penaltinya untuk meletakkan pelawat berada di depan.

Pertahanan yang lemah mengancam dan hampir menewaskan Tottenham, mensia-siakan tiga mata apabila mereka membenarkan Bjorn Engels menyamakan kedudukan pada awal babak kedua perlawanan.

Walau bagaimanapun, Engels menjadi punca melakukan kesilapan Villa kerana dia salah mengawal bola pada minit ke-94 dan Son memintas berlari untuk menamatkan dengan jaringan yang tenang.

Alderweireld tidak ikut dengan rakan sepasukannya ke Birmingham selepas menghadiri kelahiran anaknya Sabtu lalu dan mengakui berasa berat setelah kesilapannya memberikan Anwar El Ghazi menjadi jaringan sendiri sembilan minit perlawanan. – AFP

Reaksi Son Heung-min selepas menjaringkan gol semasa menentang Aston Villa di Villa Park, Birmingham, England. – AP