SOUTHAMPTON, 21 SEPT – Jose Mourinho memuji aksi hebat Son Heung-min selepas penyerang Korea Selatan itu melumpuhkan Southampton dengan menjaringkan empat gol semasa Tottenham mencatat kemenangan 5-2 di St Mary’s kelmarin. Hanya 24 jam selepas Tottenham mendapatkan khidmat Gareth Bale, Son mempamerkan aksi memukau yang memperlihatkan pasukan bimbingan Mourinho mempunyai banyak pilihan di bahagian serangan.