LONDON, 5 Jan – Apabila Harry Kane tumpul berada di depan gawang, Tottenham Hotspurs hanya menggunakan Son Heung-min sebagai perancang utama atau penjaring.
Son mendapat pujian orang ramai dalam perlawanan semalam berbanding penjaring terbanyak kelab selepas pemain antarabangsa Korea Selatan itu menjaringkan jarak jauh untuk menyamakan kedudukan 1-1 menentang West Ham.
Tidak menunjukkan keletihan selepas tamat perlawanan kedua dalam masa 48 jam, Son menyelamatkan Tottenham dari tewas menerusi jaringan pada minit ke-84 memintas jaringan pertama hasil dari Pedro Obiang.
Dalam sembilan perlawanan di Wembley sebelum ini, Son kini terlibat dengan 12 gol, menjaringkan tujuh dan membantu lima daripadanya.
Bukan sesuatu yang buruk bagi pemain yang hampir dijual pada 2016 selepas lebih kurang setahun di Spurs.
Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino kini mengetahui nilai sebenar pemain itu selepas menyatakan bahawa dia ‘rendah diri’ terutama menerima tajuk utama yang selalu bercakap mengenai Harry atau pemain lain.
Son menjaringkan gol ke-10 dalam semua pertandingan musim ini membantu Totten-ham merapatkan jurang dengan penghuni nombor empat liga, Liverpool untuk merebut slot Liga Juara-Juara.
Perlawanan semalam dikuasai sepenuhnya oleh Tottenham namun kurang berbisa apabila berada di depan gawang West Ham.
“Perlawanan seperti ini anda perlu berusaha, memberi tekanan, anda miliki peluang untuk menjaringkan gol namun mustahil untuk gol,” kata Pochettino. “Hanya apabila anda memerlukan nasib baik untuk membuka perlawanan.”
Jaringan pembukaan tiba pada minit ke-70 menerusi Pedro Obiang merembat masuk gol sekali gus menewaskan penjaga gol Hugo Lloris.
“Ia sangat mengejutkan apabila kami berjaya mendahului perlawanan apabila Tottenham lebih banyak menguasai bola dan banyak cubaan,” kata pengurus West Ham, David Moyes.
West Ham mempunyai kelebihan dua mata mengatasi zon penyingkiran di mana Liga Perdana akan berehat sebentar untuk memberi laluan kepada Piala FA dan Piala Liga minggu depan.
sementara itu, pusingan ketiga Piala FA pada Ahad ini akan menyaksikan Tottenham berdepan AFC Wimbledon dan West Ham akan berkunjung ke Shrewsbury. – AP