Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Son Ye Jin dan Hyun Bin timang anak damit lelaki

    Pasangan selebriti, Son Ye Jin dan juga Hyun Bin selamat menimang cahaya mata pertama selepas lapan bulan mendirikan rumah tangga.

    Menurut kenyataan pihak agensi pasangan berkenaan, Son Ye Jin selamat melahirkan anak damit lelaki pada 27 November lalu.

    “Memang benar Son Ye-jin bersalin hari ini. Ibu dan anak damitnya sihat,” kongsinya. Kata agensinya, pelakon berusia 40 tahun itu sepatutnya bersalin pada awal Disember namun anaknya terpaksa dilahirkan lebih awal dari tarikh sepatutnya.

    Bintang Crash Landing on You itu juga dikatakan sedang berpantang di sebuah pusat jagaan yang terletak di Yeoksamdong, Seoul. Bagaimanapun, menerusi tinjauan media sosial pasangan ini belum lagi mendedahkan nama mahupun wajah anak mereka kepada peminat.

    Untuk rekod pasangan ini berkahwin pada 31 Mac lalu di sebuah majlis tertutup berikutan penularan COVID-19.

    Pasangan ini dikatakan menjalinkan hubungan cinta selepas Crash Landing On You tamat siaran pada Mac 2020 namun mendedahkan kepada umum pada awal tahun 2021. – Agensi

    Son Ye Jin selamat lahirkan anak damit lelaki. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda