Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Son Ye Jin, Hyun Bin bakal timang anak lelaki

    Pasangan selebriti Korea, Hyun Bin dan Son Ye Jin mendedahkan mereka bakal menimang anak damit lelaki yang akan dilahirkan pada Disember depan.

    Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh pihak agensi yang turut memaklumkan Son Ye Jin, 40, berada dalam keadaan baik.

    “Son Ye Jin dan Hyun Bin bakal menerima cahaya mata lelaki dan anak damit itu akan dilahirkan Disember depan. Dia kini berada dalam keadaan sihat. Dia sedang membuat persiapan untuk kelahiran anaknya nanti,” kata wakil agensi.

    Terdahulu, Son Ye Jin berkongsi berita gembira tentang kehamilannya di Instagram pada Jun lalu.

    Aktres ini pada awalnya memberitahu dia berasakan terdapat perubahan pada tubuh badannya sehinggalah disahkan hamil.

    Untuk rekod, pasangan romantik ini telah mengumumkan hubungan mereka secara rasmi pada awal Januari tahun ini. Hubungan akrab mereka terjalin ketika kedua-duanya menjalani penggambaran drama Crash Landing On You. – Agensi

    Hyun Bin dan Son Ye Jin sudah buat persiapan kelahiran. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda