Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sonam Kapoor anggap Rani Mukerji seperti kakak sendiri

    Ramai mengetahui dua bintang terkenal Bollywood, Rani Mukerji dan Sonam Kapoor merupakan sahabat baik sejak dua dekad lalu.

    Menerusi laporan Hindustan Times, kedua-duanya meraikan ulang tahun ke-20 persahabatan mereka itu semasa menghadiri majlis dianjurkan oleh saudara Sonam iaitu Sunil Kapoor.

    Dalam hantaran di laman sosial Instagram, Sonam menulis luahan rasa cintanya kepada Rani serta menganggap hubungan mereka seperti seorang kakak dan adik.

    “Sebuah persahabatan yang telah berlangsung selama 20 tahun. Sayang kamu Rani! Tidak banyak sahabat yang tulus dalam industri ini, semua ada kepentingan tetapi kami seperti kakak dan adik,” tulis Sonam. – Agensi

    Rani Mukerji dan Sonam Kapoor merupakan sahabat baik sejak dua dekad lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda