Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sonexay Siphandone PM baharu Laos

    VIENTIANE, 30 DIS – Ahli parlimen Laos sebulat suara mengundi seorang perdana menteri baharu selepas bekas pemimpin negara itu berundur atas sebab kesihatan, media kerajaan melaporkan hari ini.

    Sonexay Siphandone (gambar-AFP), bekas timbalan perdana menteri Laos, mengambil alih kepimpinan negara itu dengan 149 undi daripada 151 undi parlimen kebangsaan.

    “Saya akan meningkatkan semangat revolusioner ke tahap paling tinggi,” Siphandone memberitahu parlimen selepas dia menerima jawatan itu. Bekas perdana menteri, Phankham Viphavanh telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Dewan Kebangsaan awal hari ini, menyatakan pengunduran atas sebab kesihatan.

    “Apabila kerajaan berdepan dengan lebih banyak kesukaran, saya tidak dapat mengendalikan tugas sukar ini lagi,” kata bekas perdana menteri berusia 72 tahun itu, yang mengambil alih kuasa pada Mac tahun lalu.

    Negara itu telah dicengkam masalah ekonomi teruk tahun ini, bergelut kerana kekurangan bahan api dan inflasi yang mencanak. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda