Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Song Hye Kyo, Lee Min Ho semakin serius

    Hubungan pelakon, Song Hye Kyo dan Lee Min Ho mula dihidu warganet apabila pasangan berkenaan kerap dilihat bersama.

    Terbaharu, Song Hye Kyo dikhabarkan berangkat ke Milan dan juga London bagi menghadiri acara fesyen namun pemergiannya mencurigakan kerana dikatakan mahu memberi sokongan kepada Min Ho.

    Ini kerana Min Ho terlebih dahulu berangkat ke Milan kerana dia merupakan duta sebuah jenama fesyen.

    Meskipun Hye Kyo pernah berkahwin dengan Song Joong Ki sebelum ini namun hubungan aktres berkenaan dengan Min Ho sangat disenangi peminat mereka.

    Rata-rata mereka mendoakan agar pasangan tersebut menjalinkan hubungan ke arah yang lebih serius lagi.

    “Song Hye Kyo nampak gembira sangat ni, tentu nak jumpa Lee Min Ho.

    “Dia orang nampak secocok, tak sabar nak tengok Lee Min Ho bertemu Song Hye Kyo,” antara komen warganet.

    Sebelum ini, aksi mesra Song Hye Kyo dan juga Lee Min Ho beberapa kali tular di media sosial. – Agensi

    Tindakan Song Hye Kyo berangkat ke Milan jadi perhatian. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...