Pelakon Song Jae Rim dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Seongdong, Seoul, Korea Selatan pada petang kelmarin.
Memetik laporan Koreaboo, mayat pelakon berusia 39 tahun itu ditemukan rakannya bersama sepucuk surat dipercayai ditulis sendiri oleh mendiang.
Menurut pihak polis tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian.
Mayat mendiang dijangka dikebumikan pada Khamis ini.
Bagaimanapun sehingga kini punca kematian mendiang masih belum didedahkan.
Jae Rim mula menceburi bidang lakonan pada tahun 2009 menerusi filem Actresses.
Malah dia juga membintangi beberapa drama lain seperti The Moon Embracing the Sun, Our Gabsoon dan We Got Married, Two Weeks, Unkind Ladies dan Queen Woo. – Agensi