Selepas dimaklumkan ahli kumpulan Super Junior iaitu Eunhyuk disahkan positif COVID-19 ketika menjadi tetamu undangan program variasi Running Man, semua peserta dan kru terlibat melakukan ujian calitan. Memetik laporan Soompi, keputusan ujian calitan semua peserta iaitu HaHa, Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Jun So Min, Kim Jong Kook, Yang Se Chan dan Song Ji Hyo negatif.