Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Song Joong Ki berubah sikap, mesra disapa peminat dan media

    Pelakon Song Joong Ki dan isteri, Katy Louise dilihat menyapa mesra kehadiran pihak media yang menunggu mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan baru-baru ini.

    Pasangan pengantin baharu itu berada di lapangan terbang dipercayai ingin ke Hungary ketika mereka diserbu sekumpulan wartawan dan peminat.

    Kebiasaannya, Joong Ki tidak akan melayan pihak media namun kali ini dia bersikap berbeza malah menyapa mereka dengan mesra.

    Joong Ki turut meluangkan masa bersama peminat dan mengambil hadiah daripada mereka.

    Bagaimanapun, Joong Ki mengelak menjawab sebarang pertanyaan berhubung perkahwinannya dengan Katy baru-baru ini.

    Sejak kahwin wanita Inggeris Song Joong Ki berubah sikap, mesra disapa peminat dan media. – Agensi

    Pasangan itu dikhabarkan menuju ke Hungary untuk penggambaran projek terbaharunya Loh Kihwan, dimana dia akan memainkan watak sebagai pembelot Korea Utara.

    Pada hujung Disember tahun lalu, Joong Ki mengesahkan hubungan cintanya dengan Katy dan wanita itu turut diperkenalkan dalam satu sidang media yang berlangsung di Singapura sebelum ini.

    Pelakon itu kemudiannya memaklumkan dia sudah membuat pendaftaran pernikahan bersama Katy pada akhir Januari lalu.

    Joong Ki turut meluahkan rasa syukur kerana bakal menyambut kehadiran orang baharu iaitu cahaya mata pertama mereka.

    Untuk rekod, Joong Ki pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Song Hye Jyo pada 2017 selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Descendant of The Sun.

    Bagaimanapun, hubungan pasangan selebriti ini tidak bertahan lama dan bercerai pada Julai 2019. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda