Pelakon Song Joong Ki berdepan dengan berita duka apabila neneknya dilaporkan meninggal dunia baru-baru ini.
Menurut laporan, pengebumian telah dilaksanakan pada pagi Rabu dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
Sementara itu, Jong Ki, 36, yang popular dengan drama Vicenzo kini sedang menjalani penggambaran untuk siri televisyen terbaharunya berjudul The Youngest son of the Chaebol Family yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2022.
Beberapa hari sebelum neneknya meninggal dunia, Song Jong Ki sibuk dengan jadual kerjanya bagi menghadiri majlis anugerah Blue Dragon Film Award.
Dia memenangi kategori Popular Star Award bersama bintang lain seperti Goo Kyo Hwan, YoonA SNSD dan Joen Yeo Been.
Song Jong Ki dikenali mempunyai hubungan rapat dengan keluarganya. Menerusi sebuah program aktor itu memberitahu dia menyewa sebuah resort hanya untuk bercuti bersama keluarga.
Manakala dalam sebuah wawancara dengan W Korea Magazine, dia pernah menekankan kepentingan hubungan kekeluargaan.
“Keluarga hal penting untuk diri saya, mereka adalah pelajaran terbaik dalam hidup saya,” ujarnya. – Agensi
